Namun, berbeza puIa kali ini apabila durian yang berbuah di luar musim itu tidak laku dijuaI sehingga mengakibatkan peniaga menanggung kerugian.
Seorang peniaga di Kampung Damak, Zulkifli Mamud, 56, berkata, dia terpaksa menanggung kerugian apabila buah durian di luar musim tidak mendapat perhatian peIanggan termasuk melalui jualan dalam talian.
Banyak baka durian kampung yang kami pasarkan di tepi jalan Jerantut ke Benta langsung tidak diendahkan pemandu kenderaan berbanding sebelum ini.
“SelaIunya, ketika musim durian kawasan Damak mendapat perhatian dan dipenuhi penggemar durian dari seluruh pelosok negeri,” ujarnya semalam.
Zainuddin Omar, 62, yang menjual durian di Bandar Baru Jerantut berkata, dia berasa peIik apabila pelbagal jenis durian termasuklah musang king yang dijualnya tidak mendapat sambutan penggemar.
“Hanya saya menjuaI durian di sini, orang ramai yang berkunjung ke pekan sehari bandar ini tidak menoleh atau bertanya harganya seperti kebiasaan.
“Hanya dua orang sahaja datang membeli buah durian hari ini,” ujarnya kecewa.
Katanya, pelbagai jenis durian diborong dari Damak dan Ulu Cheka di sini seperti durian kampung, durian kahwin, I0I, D24, tok litok dan peIbagai lagi durian berkualiti baik tidak terjual.
“Harganya berpatutan seperti durian kahwin dijual antara RM20 hingga RM25 sekilogram, musang king gred B (RM30-RM35), musang king gred A (RM60-RM80), manakaIa durian kampung adalah antara RM10 hingga RM15 bagi sekilogram.
“Durian kahwin tidak tahan jika tak dijuaI daIam tempoh tiga hari, ia dibuang begitu sahaja berbanding durian kampung yang boleh dibuat tempoyak,” katanya – Bernama
0 Komentar